Ya!! Kami juga
muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.
Ya! Benar! Kami
muslimah tak guna. Kami memang tak guna.
![]() |
bukanlah mudah, bukanlah juga sukar, yang pasti kami usaha |
Kami memang tidak guna pewarna-pewarna
untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi
malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda
buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah
kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.
Kami yakin rambut kami adalah mahkota
terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak
rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia
dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang
berhak menatapnya.
Kami juga
muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami.
Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang
fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang
sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar
kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga
membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi
penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi
tatapan kalian.
Kami juga tak guna baju-baju adik kami
untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang
tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik
kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak
kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah
jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan
badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah
baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah
yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami
dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai
ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.
![]() |
Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup
sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu
ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang
itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?
“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la
tu…”
Pakai tudung dan berbaju t-shirt,
sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan
dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup
aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata
makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini.
Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa
berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan
berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.
Mungkin pada kalian menutup aurat adalah
menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup
bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut
rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga
parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup
adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak
menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke
25 ataupun yang terakhir setelah puas orang lain menatapnya.
Amanah ini kami jaga kerna pada
kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa
kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian
terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku
girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.
Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan
menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami
perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata,
tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami
mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami…
Kita manusia mudah lupa walaupun
sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah
besar kerna guru-guru pendidik bangsa,
pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir
dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari
perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman
juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure
kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang
terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.
aku, dia dan kamu
kita berusaha dan berjuang
kita jadikan hari ini lebih baik dari
semalam
aurat kita bukan untuk dijaja tapi untuk
dilindungi
sumber:
http://tautanhati.asasian.net/?p=46
http://renovatenrenew.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment