Thursday, August 12, 2010

27 Tip Kekal Langsing Bertenaga di Bulan Puasa

1. Jangan tinggalkan sahur.
Sahur adalah sunat namun amat digalakkan, sabda Rasulullah saw,' sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkat yang besar'. Secara khususnya, masa 14 jam kita berpuasa,sel-sel tubuh memerlukan gizi yang secukupnya supaya badan bertenaga dan boleh melakukan kerja di waktu siang.  Oleh it, pilih menu yang mengandungi makanan berserat dan berprotein tinggi, tetapi hindari terlalu banyak makanan yang manis.

2. Jangan menangguh waktu berbuka.
Berbukalah dengan makanan karbohidrat sederhana yang memberi tenaga.

3. Atur menu makanan
Amalkan makanan bergizi seimbang sama ada waktu bersahur atau berbuka. Walaupun dengan menu sederhana, yang penting 5 unsur gizi lengkap: protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Untuk menghindari rasa lapar,makanan yang diambil adalah makan yang berserat yang biasanya terdapat pada sayur dan buah.  

4. Hindari minuman sejuk dan kandungan gula tinggi
Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akanmenjadikembung akibat asid di dalam perut 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gula. Berbukalah dengan kurmayang manis rasanya, ganti minuman manis.

5.Makan secara bertahap
Jangan terus berbuka puasa hingga kenyang atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ cerna berehat.

6. Jangan tinggalkan senaman.
senaman akan memastikan peredaran darah berjalan lancar. lakukan senaman yg x memerlukan tenaga yang banyak: regangan tubuh, jalan cepat dan sebagainya. Lkukan sejam @ 2 jam sebelum berbuka. Tarawih juga senaman yang bagus, gerakan rukuk dan sujud boleh membakar kalori.

7. Banyak minum air
minumlah 8 gelas air sebelum puasa keesokan harinya.

8. Jangan terus tidur setelah bersahur 
tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan, harus ada perbezaan waktu yang cukup sekitar 30 minit setelah bersahur. tujuannya untuk menghindari terganggunya proses metabolisme.

TIP BERSAHUR
9. Amalkan daging putih( ayam n ikan) yg mengandungi protein tinggi n sedang dihadam berbanding daging merah.
10. Menu sahur sebaik2mya x terlalu berperencah tajam @ pedas yg hana membuat perut cepat lapar. Buatlah sedikit hidanga berkuahsupaya kuantiti air yang diminum tidak terlalu banyak.
11. Kurangkan penganbilan garam dalam makanan untuk mengurangkan rasa haus.
12. elakkan makanan berlemak untuk mengurangkan rasa lapar.
13. banyakkan makanan yg mengandungi fiber untuk mengelakkan rasa lapar.
14. amalkan kurma, kerana mengandungi nutrien yg penting jika x ambil sumber makanan tambahan seperti vitamin.
15. Banyakkan minum air sewaktu bersahur dan bebuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa.  kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan.
16. Hindari makanan yang berlemak, ikan dan daging yang diawet, sayuran mentah, sayuran berserat, minuman yang mengandungi soda, dan bumb( cuka, cabai, asam).

Tip berbuka puasa
17. Berbuka dgn buah kurmasebagai pemberi tenaga segera kpd tubuh. Jangan mengambil minuman bergas.
18. Minum minuman hangat n suam.
19. kemuadian solat maghrib terlebih dahulu untuk memastikan perut x terkejut n memastikan keseimbangan terlebih dahulu pada pencernaan anda.
20.Berbuka secara bertahap n x terburu2 agar pencernaan berlaku dgn sempurna.

21. Mereka yang lebih berat badan sebaiknya menghindari makanan yang tinggi kolestrol seperti lemak haiwan n mentega, makanan yg manis sprti dodol , sirap, coklat, aiskrim n sebagainya.

Tip memasak
22. Minimakan penggunaan minyak semasa menggoreng supaya makanan lebih sihat.
23. Kurangkan penggunaan lemak di dalam penyadiaan makanan seperti mentega, majerin, keju, mayonis n sebagainya. pilihan lemak x tepu labih baikseperti minyak jagung, minyak zaitun, minyak bunga matahari, canola, soya n sebagainya...
24. Tingkatkan pengambilan buah-buahan n sayur-sayuran.
25. Kurangkan pengambilan garam seperti makanan terproses: ikan masin, makanan dalam tin, sos n kicap.
26. Kurangkan makanan @ minuman manis.
27. Pengambilan jus buah-buahan (tanpa gula) ketika berbuka puasa lbh digalakkan berbanding minuman manis n minuman berkarbonat. Elakkan juga pengambilan makanan berkafein secara berlebihan.

SELAMAT BERAMAL...
SUMBER: MAJALAH NUR



1 comment:

ImTiAz said...

Semoga ramadhan ini memberi 1001 makna untuk kita semua. insyaallah.