Thursday, October 21, 2010

DeHearty – Wanita


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Tajuk Nasyid : Wanita
Artis : DeHearty
Album : Insan Istimewa


~salam kemaafan... sudah lama tak update blog.. rasanya, lirik nasyid pon boleh dijadikan bahan bacaan untuk dihayati maksudnya yang tersirat dan tersurat. Jika kita hanya menyanyikan sahaja, kadang- kadang ia hanya menjadi penghibur, tetapi maksud yang ingin disampaikan tidak kesampaian. Tidak salah rasannya sekali sekala kita menghayati dengan membaca lirik tersebut...
Moga kita semua sentiasa dibawah limpah rahmat dan kurniaNya...dan mendapat keredhaan dariNya, dunia dan akhirat..wanita, hatimu serapuh kaca, kuatkan dengan iman!!

No comments: