Wednesday, April 28, 2010

sambungan... HIPOKRIT BERTUDUNG???

DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI...

Bersambung kisah @ persoalan minggu lepas.. Saya kemukakan kembali masalah dan soalan untuk mudah merujuk kisah sebenar. 

Untuk pengetahuan ustaz, ibu telah menyuruh sy memakai tudung ketika berumur 13 thn. Sy hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui olh ibu & dia hnya mampu membebel & menasihati sy. Sy hnya memakai tdg ke tempat kerja sj krn tindakan undang2 akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Sy tahu hokum tidak menutup aurat, ttpi buat wktu skrg, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat.( rambut & leher). Cara pemakaian saya tidak seperti rakan2 yg menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian tidak melambangkan imej mereka. Baju dan seluar ketat dan menampakkan susuk tubuh. Bagi yg memakai bj kurung, ada yg dr kain yg nipis & jrg. Ada yg tidak memakai seluar ttpi memakai skirt panjang. Namun ketat & menampakkan garis pakaian dalam yg dipakai. Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki2 yg memandang tidak berkelip. Ada juga rakan yg betul2 menutup aurat tetapi kelakuan & perangai mereka lbh teruk dari yg tak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yg bkn mahram, pengotor & pelbagai karenah lg. Walaupun sy x memakai tudung, sy mnjaga solat, pemakaian & tingkah laku. Kawan2 ada menyuruh sy supaya terus memakai tudung, ttp tidak mahu menjadi hipokrit. Sy mahu berubah kerana sy sendiri ingin berubah. Sy mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Sy tahu ahri itu akan tiba, tetapi bukan sekarang. Semoga Allah membuka hati sy untuk terus memakai tudung. 

Soalan seterusnya… 
SOALAN 2.
Mereka yang tidak bertudung tetapi tidak sempurna dan berakhlak buruk. 

JAWAPAN 
Dari bait2 ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yg lain. Sehinggakan saudari berasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor, dan sebagainya walaupun bertudung. Sebelum itu saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu prihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka menutup aurat.
Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita bertudung tetapi berbaju ketat skirt panjang terbelah, baju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada pada satu tahap menurut pandangan islam iaitu SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN TIDAK MENUTUP AURAT!! Justeru adalah salah bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu’ sebagai menutup aurat tetapi buruk akhlak dan berdosa. Sebabnya, mereka juga tidak menutup aurat.
Malah, jika mereka benar2 menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu menutup aurat @ tidak. Ingatlah bahawa yg diwajibkan oleh Allah bukan hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yg lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yg lebih baik. Jelas dari hadis Nabi saw, dalam hal agama dan kepatuhan, kita mesti sentiasa melihat mereka yg lebih dari kita agar kita terus berusaha. Manakala dalam hal keduniaan,barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yg kurang berbanding dengan kita., agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.
Sabda Nabi saw: ‘dua perkara yg sesiapa dpt memperolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yg bersyukur dan sabar, sesiapa yg gagal di dalamnya, tidak akan ditulis sbgai org yg bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yg melihat tentang agamanya kepada mereka yg jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutnya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yg diperolehinya’. (riwayat at tirmidzi) 

SOALAN 3.
walaupun tidak memakai tudung(menutup aurat) tetapi masih jaga solat dan mampu menjaga tingkah laku. 

JAWAPAN
Tahniah atas kemampuan saudari untuk menjaga solat dan tingkah laku, namun solat yg hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yg gerun melakukan dosa, serta akan mendorong seseorang tanpa berlengah untuk menunaikan tanggungjawab yg diarahkan Allah. Namun apabila saudari teru redha membuka aurat sedangkan saudari menunaikan solat, bermakna solat saudari juga bermasalah tetapi jangn pula mengatakan, ‘ kalau begitu saya x mahu solat kerana x mahu hipokrit,’ ia telah kita bincang diatas tadi. 
Juga bukti kpd diri bhw jagaan solat saudari adalah benar2 sebuah ketaatan, bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar- benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai org sekitar. Justeru saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yg saudari benci (bertudung @ tutp aurat tetapi x solat, mengumpat & sebagainya). Saudari benci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenarnya dalah sebahagian dari mereka kerana mereka yg menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yg solat tapi x menutup aurat. Kedua duanya x bertanggungjawab trhadap Allah dan sedang melakukan dosa
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yg prihatin soal kewajipan agama, terlalu ramai ibu pada zaman ini yg hanyut & lbh suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yg disukai syaitan iaitu seksi. Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sj berdosa kerana aurat yg terbuka , malah x mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah. Bukankah mentaati ibu dalam hal yg x membawa dosa adalah WAJIB? Dan jatuh derhaka bagi seorg anak yg mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah SWT. 

SOALAN 
Bukan sekarang masa untuk berubah??? 

JAWAPAN
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba2 dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali di tangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah. Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini. Saya juga doakan saudari untuk segera berhijrah kepada kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

=) terima kasih kepada semua yg sudi membaca.
Apakah solat kita selama ini sempurna dan diterima? 
Renungi diri kita, apakah kita masih melakukan maksiat? Masih membuka aurat? 
Sedarlah, kematian pasti akan berlaku… 
Apakah kita sempat bertaubat kepadaNYA?? Atau mati ketika sedang melakukan maksiat?? Nauzubillah… Kembalilah…didik diri kita semua supaya sentiasa dalam keredhaan Allah.. 

Ya Allah!Matikan kami dengan seelok-elok kematian dan janganlah Engkau matikan kami dengan sehodoh-hodoh kematian.

No comments: