Wednesday, June 30, 2010

2 TANDA MENCINTAI ALLAH

KALAU CINTA, RINDU UNTUK BERTEMU

   Bagaimana sikap kita dengan janji temu (solat) dengan Allah? Apakah kita datang seawal waktu @ sering menunggu-nunggu masuknya waktu solat? Jika ya itu petanda yang kita cintakan ALLAH. Sekiranya setiap kali menjelang wwaktu solat kita telah siap seia bewuduk, menunggu di saf hadapan dengan pakaian yang paling bersih, ditambah pula dengan haruman minyak wangi.....Alhamdulillah, itu petanda cinta. Jika kesempatan 'dating' dengan kekasih ditunggu-tunggu saat dan ketikanya, maka seharusnya lebih-lebih lagi dengan ALLAH yang kita cintai.
  Jika solat lewat (apalagi langsung tidak solat), datang dengan enggan, muka masam, berat tulang, dan pakaian berserabut, itu petanda tidak cinta. Tidak fokus. Sambil Lewa pula. Solat mahu selesai cepat. Apakah seseorang kekasih ingin segera berpisahdalam pertemuannya dengan kekasihnya? Adakah seseorang kekasih sampai lewat dalam janji temunya? Atau berpakaian serabut, kusut masai dan berbau ketika menemui kekasinya? Tidak mungkin. Tetapi jika itulah sikap kita, ertinya kita tidak cinta kepada kekasih itu. Maka begitulah juga ukuran cinta kita kepada Allah. Perlu rindu, bkan jemu untuk bertemu.

KALAU CINTA, SUKA APABILA DISURUH

Seseorang kekasih suka disuruh oleh kekasihnya. Kesusahan walau sebesarmanapun tidak dikira. Asal maksud kekasih dipenuhi, tidak kira apa akan ditempuhi(katanya lautan api pon sanggup direnangi). Oleh itu kerana suka disuruh, hati sentiasa menunggu-nunggu bila hendak disuruh. Bila lagi? Apa lagi? Begitulah detik hati selalu. Pantang disuruh macam lipas kudung, segera dilaksanakan.
  Begitulah orang yang cintakan ALLAH, sentiasa suka apabila diperintah. Bila ada sesuatu disuruh buat, terus dibuat. Tanpa tanya-tanya lagi. Apabila sesuatu disuruh tinggal, terus ditinggalkan. Sami'na wa ato'na - kami dengar dan kami taat. Itulah bukti cinta. Sebarang suruhan daripada Tuhan akan segera dilaksanakan. Mala, letih, susah, sakit dan lain-lain tidak menjadi halangan. Bagaimana kita?
  Meraka ini sentaisa proaktif dan mencari-cari apa lagi suruhan Tuhan yang hendak dilaksanakan. Bila dapat dilaksanakn alangkah bahagianya dirasakan.
  Sekarang apa respon kita terhadap perintah ALLAH dan larangan-Nya? Ya, munkin kita melaksanaknnya,namun apakah hati kita suka ketika melaksanakannya? Cermin muka kita... apakah tersenyum riang setiap kali bangun subuh? Atau masam mencuka, melangkah ke bilik air dengan langkah malas, lesu dan terpaksa?
  Jika ada rasa terpaksa, untuk bangun solat, itu petanda belum cinta. Besar bezanya antara oarang yang mengatakan 'I have to pray( saya kena solat)' dengan oarng yang berkata "I need to pray( Saya perlu solat)" Memang kedua- duanya sama- sama sembahyang. Tetapi seorang kerana suka, seorang lagi kerana terpaksa. Yang seorang sudah cinta, yang seorang lagi belum cinta.

~Cukuplah dengan dua tanda ini sebagai ukuran apakah kita sudah cintakan Allah atau belum. Tanyalah kepada hati nurani, berhakimlah kepada diri sendiri.Apakah kita mempunyai dua ciri tersebut? Jika tidak, ini menunjukkan kita tidak atau belum cintakan Allah.

No comments: