"Di hari akhirat, ada 4 golongan
lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka
ialah:
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan
anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri
walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah
tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata
& sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat
kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki
yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU
DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN
BATU-BATU..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt
nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga
(sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau
tidak mengendah janji dan peluang yang Allah swt berikan pada kita."
No comments:
Post a Comment