Monday, March 29, 2010

Lady Gaga’s Bad Romance – The Occult Meaning

Assalamualaikum sahabat Helwani Ipda sekalian..



Sekilas pandang mengenai tahap hiburan di negara kita yang sudah dicemari dengan pelbagai pengaruh daripada pihak Barat. Apa yang menarik perhatian ana sekarang sebagai seorang Muslimah, kebanyakan lagu-lagu yang berkumandang dan didendangkan adalah daripada kaum Hawa. Justeru, teringat ana kepada agenda pihak Barat yang memanipulasikan wanita untuk memudahkan mereka menarik perhatian dan minda remaja Islam kini untuk mengenali kesesatan dan menuju ke arah keseronokan tanpa batasan. Pihak Barat telah menyediakan medium untuk remaja Islam kita terutama ajnabi menjamu mata memandang susuk badan yang tidak dilitupi benang oleh artis-astis Barat sehingga video itulah yang dijadikan peneman tidur. Pihak Barat telah menyediakan gaya pemakaian yang mengikut trend kepada Muslimah kita untuk dijadikan contoh dan meletakkan trend sebagai sesuatu yang perlu diikuti. Sedangkan tanpa sedar, Muslimah dan Muslim kita sedang menuju ke arah zaman purbakala semula. Bukankah ketika di zaman batu dahulu, penduduknya tidak berpakaian dan pakaian mereka tidak menutup tubuh badan mereka sepenuhnya?Itu yang dikatakan trend?


Mengimbau kembali isu Alluminati tersebar di dalam AJL menyebabkan ana terdetik untuk menyampaikan juga tentang tokoh Alluminati yang kian digilai remaja Islam masa kini. Lady Gaga yang sememangnya terkenal dengan lagu-lagu yang memaparkan sesuatu yang unik dan mempunyai konsep bebas, sebebas pemakaian dan tingkah lakunya di dalam video nyanyiannya. Sejujurnya, ana tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai Lady in Red ini tetapi ana tahu yang si jahannam ini juga merupakan salah satu alat Yahudi untuk meracuni fikiran remaja Islam. Hal ini terbukti apabila melihat para sahabat meletakkan lagu yang dinyanyikan oleh Lady ini sebagai 'ringtone' di telefon masing-masing. Manakala ajnabi meletakkan gambar Lady yang kurang sopan sebagai latar depan telefon bimbit dan komputer riba.

Ketika berjalan-jalan di sebuah pasaraya pula, ana melihat sepasang kekasih sedang memilih pakaian dan ana terdengar perbualan mereka di mana lelaki tersebut meminta kekasihnya membeli baju yang ada unsur-unsur seperti yang dipakai oleh Lady ketika konsert terbarunya. Batapa rosaknya pemikiran dan hati mujahid-mujahidah kita pada masa kini. Sayu hati ketika melihat muda-mudi mengangguk2kan kepala mengikut rentak lagu yang telah menjadi santapan telinga setiap hari. Untuk menghafal lagu tersebut hanya mengambil masa beberapa minit tetapi untuk meluangkan masa membaca Al-Furqan, pastinya tiada masa yang dapat diperuntukkan.


Di sini ingin ana berkongsi sesuatu mengenai Lady Gaga dan unsur serta muslihat di sebalik lagu yang menjadi kegilaan remaja harapan agama kita. Untuk mengetahuinya, layarilah alamat ini iaitu
http://vigilantcitizen.com/?p=2737. Sesungguhnya terdapat 1 juta pembohongan dan agenda disebalik setiap yang berlaku di bumi Allah ini. Sedarlah wahai belia Islam!! Bangun dan carilah kebenaran!! Buka mata dan hatimu untuk berada di jalan Allah. Kepada akhowt dan ikhwan yang membaca maklumat ini, harap dapat sebarkan kepada semua yang antum kenali. Semoga mendapat sedikit kebaikan daripada secebis maklumat ini. Salam alaik..Semoga bertemu lagi.

No comments: