Soalan
Apakah hukum bercouple dalam Islam sebab ada
orang mengatakan harus jika tidak berdua-duaan,
tidak berutus surat cinta dan sebagainya, tetapi
saya tidak pasti sejauhmana kesahihannya. Dan
sekiranya ia tidak dibenarkan, apakah kaedah
yang sebenar untuk mencari pasangan?
Jawapan
Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah serta
selawat dan salam kepada junjungan besar s.a.w.
Telah disepakati hubungan lelaki dengan
perempuan tidak sama dengan lelaki sesama
lelaki, ia adalah hubungan yang berlainan.
Wanita dicipta semulajadi memiliki sifat pada
dirinya yang boleh menggoda lelaki dan lelaki
secara semula jadi cenderung dan terpikat dengan
wanita. Oleh itu, ikatan persahabatan melalui
apa cara dan dengan apa-apa alasan akan membawa
kepada fitnah (zina), dan fitnah adalah sesuatu
yang dilarang oleh agama.
Menjalinkan ikatan persahabatan antara lelaki
dan perempuan adalah haram berdasarkan firman
Allah dalam surah an Nisa' ayat 25 dan al Maidah
ayat 5 yang bermaksud :-
mereka (hamba-hamba perempuan yang akan
dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan
perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang
mengambil lelaki sebagai teman simpanan", dan
surah al Maidah ayat 5 yang bermaksud :-
"Dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab
dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka
mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang
demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula
kamu mengambil mereka menjadi
perempuan-perempuan simpanan"
Dan kaedah "menutup pintu fitnah" dan di bawah
maksud kewajiban menjaga kesucian yang menjadi
alasan di sebalik hukum penjagaan tertentu
seperti merendahkan pandangan, menggunakan
bahasa yang lembut, bercakap di sebalik tabir
dan sebagainya. Langkah-langkah itu dapat
mengelakkan orang yang hatinya berpenyakit
daripada melakukan niat buruknya terhadap wanita
yang menjaga kesucian diri.
Cara untuk mencari pasangan
Sebagaimana yang disebutkan tadi, ikatan
persahabatan tidak membawa kepada perkahwinan,
tetapi sering membawa kepada finah dan
kerosakan. Sebab itu persahabatan bukan cara
yang betul untuk mencari pasangan hidup.
Di samping itu, persahabatan itu membawa kesan
buruk kepada wanita seperti itu. Seorang yang
ada sedikit pengetahuan agama tidak sanggup
beristerikan wanita yang tangannya pernah
dipegang oleh lelaki lain. Apatah lagi orang
baik-baik dan beragama, dia tidak akan
beristerikan wanita yang telah memiliki teman
lelaki dan pernah keluar ke sana ke mari dengan
lelaki yang bukan mahramnya. Benarlah seperti
yang difirmankan oleh Allah dalam al Quran yang
bermaksud:-
"Lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita
yang baik dan wanita-wanita yang baik untuk
lelaki-lelaki yang baik".
Namun begitu, Islam tidak menghalang terus
perhubungan antara lelaki dan perempuan, bahkan
jika ada keperluan seperti berjual beli, di
tempat kerja atau atas tujuan perkahwinan maka
ia diharuskan oleh Islam mengikut cara-cara dan
adab-adab yang ditetapkan.
Untuk tujuan pertunangan atau perkahwinan,
lelaki boleh melihat wanita pada mukanya,
tangannya dan sesetengah ulama' mengharuskan
kakinya. Dari pendiriannya boleh diketahui
ketinggian, dari wajah dilihat kecantikan rupa
paras, hidung mancung, dari jernih dan
sebagainya, dari tangan boleh dilihat warna
kulit dan sama ada gemuk atau kurus. Untuk
tujuan mengetahui kelakuannya ia boleh mencuri
pandangan semasa ia bergaul, makan, bercakap dan
sebagainya. Bagi perkara yang ingin diketahui
boleh ditanya kepada orang tengah seperti rambut
kerinting atau lurus dan sebagainya. Begitu juga
berkenaan hal ehwal kesihatan.

No comments:
Post a Comment