Saturday, February 06, 2010

Monolog dengan Allah

“ Jika kamu merasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia… Allah S.W.T tahu betapa keras kamu sudah berusaha. Ketika kamu sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.... Allah S.W.T sudah menghitung air matamu.” “ Jika kamu fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa Berlalu begitu saja….. Allah S.W.T sedang menunggu bersama denganmu. Ketika kau terasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk Menghubungimu.... Allah S.W.T selalu berada di sampingmu.” “ Ketika kamu fikir bahawa kamu sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak Berbuat apa-apa lagi.... Allah S.W.T punya jawapannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah S.W.T dapat menenangkanmu.” “ Jika tiba-tiba kamu dapat melihat jejak-jejak harapan… Allah S.W.T sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancer dan kamu merasa ingin mengucap syukur… Allah S.W.T telah memberkatimu.” “ Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk Menjadi pandai.” “ Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.” “Kamu tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranaya Kamu tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.” “ Orang-orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hati-hati terbaik, Mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam Hidupnya.”

No comments: